Sekarang inilah tempat aku mencari rezeki. JUSCO... mungkin satu nama biasa bagi manusia yang berada di luar sana. Japan United Stores Company, satu nama yang GAh di nusantara ini. Di sebalik nama JUSCO ini tersimpan 1001 kisah yang pasti bisa menjadi pengajaran dan panduan kepada masyarakat di luar sana.CINtA ...
Maliq, seorang staff jusco yang baru sahaja melaporkan dirinya pagi tadi. Padanya hari ini merupakan permulaan untuknya. Permulaan terhadap hidup yang baru. Seperti dilahirkan semula.
Tepat jam 9.30 pagi, kesemua staff jusco akan berkumpul diruangan yang disedia untuk perhimpunan pagi. Maliq jalan berseorangan sahaja. Tiba-tiba...
" Hey der! staff baru ye?" tegur Khairi. Khairi merupakan pekerja senior di Jusco itu. sikapnya yang amat peramah itu sangat digemari rakan-rakannya.
Maliq terpinga-pinga ketika menoleh kebelakang.
" yup, saya staff baru." jawap Maliq sambil tersenyum. Lega Maliq kerana ada juga orang yang boleh membantunya.
" Maliq." Maliq menghulurkan tangannya.
" Khairi, but just call me Khai" Khairi menyambut salaman Maliq itu....
Dari jauh kelihatan susuk tubuh sedang berlari anak. Beg yang disandangnya menjadi beban. berkali-kali dia membetulkan beg itu. Matanya pula, tidak lepas daripada jam yang tersarung di tangan kirinya itu. Staff entrance, tidak jauh lagi. Namun jarak yang sekangkang kera itu, begitu berharga kerana walaupun sesaat dia lambat untuk swipe, maka terbanglah elaunnya sebanyak RM200.
"Aduh! sempat ke ni?" Guman hatinya. kegelisahan semakin melanda jiwanya yang galau ketika ini.
Setibanya di hadapan pintu masuk staff entrance, matanya terus memandang mesin swipe yang terletak dibahagian kirinya. Mesin itu diletakkan sejauh 4 kaki daripada pintu.
" Cepat Hawa, lagi seminit sahaja!" Teriak Kak Sha. Kak Sha merupakan salah seorang anggota BlueWave.
" Fuh.. lega.." Ucap Hawa.Wajahnya yang sunggul sebentar tadi kian berseri semula. Senyuman mula menghiasi wajahnya yang mulus itu. Tampak sebaris gigi yang cantik dijaga rapi.
" Hah, tersenyum kau dik." ucap kak Sha.
Hawa tertawa sedikit, setelah selesai segala urusannya di staff entrance itu, Hawa pun mengorak langkahnya ke selling floor.
" Khai, aku rasa mahu ke tandas sebentarlah. bolehkan?" tiba-tiba Maliq bersuara. Mukanya penuh dengan pengharapan.
" Hah! pergilah cepat nanti ada pula yang berak dalam seluar." kata Khai. Khai tergelak. Ulahnya yang suka menyakat memang tidak dapat disingkir dalam kehidupan sehari-hariannya. Tanpa membuang masa Maliq terus berjalan pantas ke arah tandas. Setahunya tandas hanya berada di tingkat atas. Berhampiran dengan surau.
Dalam keadaan yang tergesa-gesa, Maliq yang terbelenggu dengan kekangan masa yang mungkin membunuhnya diantara melepaskan hajat dan menghadiri brieffing pagi, membuat langkahnya semakin pantas. Tiba-tiba sewaktu beliau mendekati pintu yang memisah selling floor dan ruangan back room......(bersambung)